Seperti yang anda semua tahu, saya sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda saya di Universiti Toronto. Jadinya, saya nak cerita tentang satu perkara yang akan membuatkan anda semua terkejut.
Ketika saya mengambil kursus pemgepenge kepada ekonomi di sana, saya telah mempelajari tentang bab insurans. Teorinya begini; semakin tinggi risiko yang kita akan hadapi, semakin tinggi kecenderungan untuk seseorang itu mengambil insurans.
Maka, tidak hairanlah jika kita tinggal di Canada atau Amerika Syarikat kalau umur kita baru 20an atau kita baru mendapat lesen memandu, kita akan dikenakan premium insurans yang sangat tinggi kerana orang muda lebih tinggi kebarangkaliannya untuk terlibat dalam kemalangan.
Namun, pensyarah kursus tersebut memberitahu kepada kelas bahawa beliau tidak mempunyai anak. Mungkin tiada rezeki. Oleh itu, dia dan isterinya ada mengambil inisiatif untuk membela kucing sebagai penghibir mereka di rumah. Oleh kerana sayang kepada kucing tersebut, beliau telah menginsuranskan kucing beliau itu seandainya kucing itu sakit.
Itulah ceritanya, jika kita sayang sangat kepada sesuatu kita akan melakukan apa sahaja untuk melindungi perkara tersebut seperti meninsuranskan kucing yang kita sayang.
Namun, masih ada lagi yang kurang kesedaran untuk melindungi nyawa sendiri di Malaysia ini. Mungkin orang Malaysia ni kaya sangat kot kerana dalam teori kursus yang saya ambil ini mengatakan apabila kita mempunyai simpanan yang banyak atau dengan kata lain kaya, kita kurang cenderung untuk ambil insurans.
Monday, 16 April 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Dalam kehidupan kita ini, akan tiba satu masa dimana kita akan berhadapan dengan ujian, cabaran, masalah dan ranjau. Ketika itulah kita mera...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...