Monday, 21 May 2018

MRSM Pontian: Tempat membina jati diri

Saya merupakan bekas pelajar MRSM Pontian (kini dikenali sebagai MRSM Tun Dr Ismail). Saya mula berdaftar di MRSM Pontian pada Februari 2012 di mana pada ketika itu saya berada dalam tingkatan 4. Sebelum itu saya belajar di MRSM Bentong dan MRSM Pekan.

Kelas saya semasa tingkatan 4 ialah kelas 4 Sheffield. Homeroom saya pula ialah Homeroom Cikgu Azrena. Saya memilih untuk meneruskan pengajian menengah atas saya dalam bidang sains tulen dimana mata pelajaran yang saya ambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.

Kelas saya semasa tingkatan 5 ialah kelas 5 Oxford. Homeroom tetap kekal. Saya sempat menjadi ahli Badan Wakil Pelajar semasa berada di MRSM tersebut. BWP merupakan satu badan kepimpinan tertinggi dalam MRSM.

MRSM Pontian ini unik kerana bilangan pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Boleh diandaikan bahawa nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan adalah 1:2. Seorang pelajar lelaki bersamaan dengan 2 pelajar perempuan. 

MRSM Pontian juga mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Pelajar akan dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat fardhu subuh dan membaca al-mathurat dan al-quran. Selepas selesai solat subuh dan bacaan al-quran, pelajar akan bersarapan pagi di dewan makan dan bersiap untuk ke kelas. Pada jam 7.15 pagi, semua pelajar perlu beratur untuk perhimpunan harian di tapak perhimpunan yang terletak di tengah bangunan akademik. Kelas bermula pada 7.40 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Kemudian pelajar akan menunaikan solat zohor dan makan tengahari. Pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang pelajar akan mengikuti program prep petang. (Prep adalah istilah yang digunakan oleh pelajar asrama bagi merujuk waktu mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan). Pada jam 5.00 petang pelajar akan menunaikan solat asar dan minum petang. Pada jam 5.30 petang pelajar akan beriadah dan selepas beriadah pelajar akan makan malam dan bersiap untuk pergi ke surau bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Pada jam 7.00 malam, semua pelajar akan berkumpul di suran bagi menunaikan solat maghrib, mendengar ceramah dan menunaikan solat isyak. Pada jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam, pelajar akan mengikuti program prep malam. Selepas itu pelajar akan minum malam dan pulang ke asrama untuk berehat. Rutin yang sama diulang kembali.

Apa yang membezakan MRSM Pontian dengan sekolah berasrama yang lain ialah ketegasan dalam disiplin. Antara ketegasannya ialah:
1. Pelajar hanya boleh berada di dalam asrama pada waktu yang dibenarkan sahaja. Di luar waktu tersebut pintu pagar asrama dikunci dan pelajar dilarang untuk berada di dalam kawasan asrama.
2. Solat berjemaah setiap waktu. Ini wajib dan tak boleh dimaafkan jika ada pelajar yang tertinggal solat berjemaah.
3. Sentiasa menggalakkan semua pelajar untuk melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Boleh dikatakan ianya adalah wajib walaupun sunat.
4. Semua pelajar lelaki tingkatan 5 akan merasai untuk mengimami solat berjemaah dan semua pelajar tingkatan 3 akan menjadi bilal. Jadual giliran akan ditampal.


  Gambar saya semasa belajar di MRSM Pontian

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...