Monday, 21 May 2018

Kadet Polis

Polis merupakan satu pasukan yang menjaga keselamatan masyarakat daripada jenayah. Jenayah itu luas sehingga ia mempunyai banyak cabang jika ingin dibincangkan. Namun, saya tak bermaksud untuk berbincang tentang jenayah dalam entri kali ini. Sebaliknya saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya sepanjang terlibat dengan pasukan ini.

Saya menyertai kadet polis semasa saya bersekolah menengah dan sangat aktif dalam pasukan ini. Saya mula membina minat saya dalam kepolisan sebelum saya sekeloh menengah lagi kerana pada saya kerjaya sebagai seorang polis ini nampak hebat pada pandangan masyarakat. Oleh itu, saya membuat keputusan bahawa saya mesti meyertai Kadet Polis semasa di sekolah menengah.

Dalam kadet polis saya diberi pendedahan tentang kawad dan persenjataan. Oleh kerana aktif dalam kadet polis, saya telah dilantik untuk menjadi Sarjan Kadet di mana saya yang akan memeberi arahan di padang kawad terhadap anggota yang ada dalam kadet tersebut. Pengalaman pertama saya menembak menggunakan M16 adalah ketika saya berada dalam tingkatan 2. Pada ketika itu saya mengikuti Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM se-Malaysia.



 Gambar ketika saya menyertai Kadet Polis di MRSM satu ketika dahulu.

Minat saya dalam kepolisan ini tak berhenti di MRSM sahaja. Apabila saya masuk UKM, saya menyertai KOR SUKSIS pula. 


Gambar saya dalam keadaan beruniform polis semasa UKM mengadakan sambutan hari polis ke 211

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...