Tuesday, 1 May 2018

3rd world mentality

Saya pernah tinggal di negara yang mempunyai pelbagai ideologi dan tiada sekatan untuk mempercayai kepada apa jua ideologi. Jika terdapat perbezaan pendapat, maka budaya untuk berbahas akan diamalkan demi mencari hujah yang bernas dan bijak.

Namun, kematangan pemikiran ini akan tercapai hanya apabila kita menjadi liberal. Liberal disini bermaksud longgar, tidak ketat dan tidak jumud. Apabila kita menjadi orang yang liberal, kita akan memandang sesuatu perkara itu secara menyeluruh dan tidak hanya berfokus pada satu sudut pandang sahaja.

Malaysia merupakan negara yang bermentaliti kelas ketiga dan saya lihat ianya sukar untuk mengubahnya lebih-lebih lagi masyarakat melayu yang sangat kuat berpegang kepada adat dan agamanya tanpa berfikir. Dalam kajian 'world religion', terdapat 3 jenis tahap kekuatan pegangan agama: 1. Orthodox(extreme), 2. Conservative(berhati-hati/melindungi) 3. Liberal(longgar)

Saya adalah golongan yang berada di antara liberal dan conservative. Saya tidak suka mengikut secara membabi buta sahaja dalam agama. Sebaliknya saya perlu tahu dari mana datang sesuatu hukum itu, apa yang menjadikan sesuatu hukum itu sedemikian rupanya dan meninggalkan perkara-perkara yang mengarut dan tak dapat diterima logik akal melainkan terdapat ayat Al-Quran dan hadith yang sahih.

Masyarakat melayu sangatlah membabi buta dalam beragama. Mereka hanya mengikut apa yang diamalkan oleh nenek moyang mereka tanpa berfikir. Apabila kita mempercayai sesuatu tanpa berfikir, ianya menjadikan kita lembab dan menumpulkan pemikiran kritis. Sebab itulah eujudnywkepercayaan kepada hantu yang begitu mengarut, perkara yang tak boleh masuk akal seperti apabila hendak menanam uri (seketul daging yang menghubungkan bayi dan ibunya semasa dalam kandungan) hendaklah ditanam dengan pensil atas alasan budak itu akan jadi pandai. Jikalau betullah dengan menanam uri dengan pensil boleh menjadikan budak itu pandai maka saya rasa lebih elok sekiranya pensil itu digantikan dengan komputer, buku dan sebagainya kerana bagi saya setakat pensil sahaja tak cukup. Sungguh bodoh kepercayaan mengarut ini.

Apa yang saya lihat, masyarakat ini akan mengalami tempoh masa yang sangat lama untuk berubah kepada pemikiran kelas pertama kerana masyarakat melayu khususnya sangat susah untuk berubah.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...