Wednesday, 23 May 2018

Inflasi 1

Inflasi adalah kenaikan harga barang. Ada berbagai-bagai tanggapan masyarakat tentang inflasi. Sudah tentu ramai tidak suka akan kenaikan harga barang kerana ia akan mengurangkan kuasa membeli kita. Dalam entri kali ini saya akan terangkan apa punca berlakunya inflasi.

Situasi 1:
Dalam satu kampung ada 10 orang penduduk dan satu penjual roti.
Dalam sehari, penjual roti hanya mampu menghasilkan 5 buku roti sahaja dan menjualnya pada harga Rm 1.00.
Dalam 10 orang penduduk itu hanya 5 orang sahaja yang mampu membeli roti pada harga Rm 1.00. 
Oleh yang demikian, semua roti dapat dijual pada harga RM 1.00.
Tiba-tiba pada suatu hari, apabila kesemua orang dalam kampung tersebut bekerja keras dan dapat meningkatkan pendapatan mereka, kesepuluh-sepuluh orang tersebut mampu membeli roti pada harga Rm 1.00.
Namun, penjual roti hanya mampu menghasilkan 5 buku roti dalam sehari. 
Maka, berlakulah lebihan permintaan kerana kekurangan roti.
Penjual roti sedar bahawa penduduk kampung itu semua mampu untuk beli roti pada harga Rm 1.00 akan tetapi dia hanya mampu menghasilkan 5 buku roti sahaja.
Oleh itu, untuk memadankan kemampuan membeli penduduk kampung tersebut, penjual roti menaikkan harga sebuku roti kepada Rm 1.50.
Akhirnya, hanya 5 orang yang asal tadi sahaja yang mampu beli.

Penerangan: Inflasi berlaku apabila berlaku peningkatan dalam pendapatan kita. Apabila kuasa membeli meningkat, harga akan naik untuk memadankan kembali permintaan dengan pengeluaran yang terhad. Pada saya, inflasi ini dapat diatasi sekiranya kita mampu menghasilkan lebih. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya teknologi dan penemuan sumber yang baru.

Di samping itu, kita dapat lihat bahawa sebenarnya inflasi menunjukkan adanya peningkatan dalam produktiviti pekerja dalam sesebuah negara. Memang menjadi objektif kerajaan supaya inflasi negara berada dalam kadar 2%-3% setiap tahun kerana ia menggambarkan bahawa penduduk di negara tersebut produktif untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan tidak suka deflasi kerana ia menunjukkan masyarakat dalam negara tersebut kurang produktif. Namun, kadar inflasi yang tinggi iaitu melebihi 3% sememangnya membimbangkan kerana ia akan membebankan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...