Wednesday, 23 May 2018

Ini bukan soal menang atau kalah!

Pada bulan March 2018, sebuah filem aksi KL Special Force telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini merupakan filem yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi pada pendapat saya. Filem ini juga menunjukkan bahawa taraf industri perfileman negara kita mampu bersaing di pentas dunia.

Filem KL Special Force ini dipenuhi dengan banyak aksi. Menampilkan Rosyam Nor sebagai watak utama bersama barisan pelakon yang lain seperti Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Filem ini menceritakan tentang jenayah yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan juga ketangkasan Pasukan Elit PDRM bagi menyelesaikan kes tersebut.

Walaupun dipenuhi dengan aksi, terdapat perkara lain yang membuatkan saya kagum dengan filem ini. Filem ini mempunyai falsafah yang tinggi sehingga membuatkan penonton berfikir sepanjang filem ditontonkan. Antara isu yang ditekankan adalah rasuah, jenayah membunuh dan juga perjuangan membanteras jenayah.

Pada akhir filem ini, ada sebuah scene yang membuatkan saya rasa tersentak iaitu apabila Lan berpesan kepada Zul bahawa:

"HIDUP INI BUKANNYA SOAL MENANG ATAU KALAH! TETAPI ADAKAH KITA AKAN SENTIASA MENERUSKAN PERJUANGAN!" 

 

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...