Pada 11 Mei 2018 yang lepas (hari jumaat), saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ianya tidaklah kritikal namun jika saya tidak mempunyai tindakan refleks yang baik kemungkinan besar saya terlibat dalam kemalangan yang kritikal.
Ceritanya begini:
Pada jam 2.30 petang, ibu saya telah menyuruh saya untuk mengisi minyak keretanya (Toyota Innova) bagi memenuhkan tangki minyak keretanya. Saya pun memandu kereta Ibu saya dengan mengikut jalan yang biasa saya guna untuk sampai ke sebuah stesyen pam minyak Petronas.
Dalam perjalanan tersebut, sebuah kereta secara tiba-tiba telah membuat pusingan-U yang mana tempat tersebut adalah dilarang untuk membuat pusingan-U. Tambahan pula, pemandu kereta tersebut tidak langsung melihat keadaan sekelilingnya sehingga tidak perasan bahawa kereta saya berada berdekatan dengan spot tersebut.
Gambar menunjukkan sudut pandang saya semasa kejadian. Ini adalah lokasi sebenar kejadian. Ini adalah salah satu laluan jalan raya yang ada di Bandar Penawar. Seringkali kereta akan membuat pusingan-U di spot tersebut walaupun ia adalah perbuatan yang salah dan melanggar peraturan di jalan raya. (Gambar diambil menggunakan Google Maps)
Jika dilihat pada gambar tersebut, jelas sekali bahawa laluan keluar yang ada di sebelah kiri itu hanya memperuntukkan kereta untuk menyusur keluar dan tidak boleh membuat pusingan-U.
Situasi saya adalah sebuah kereta Proton Saga telah pun membuat pusingan-U secara tiba-tiba dan saya hampir melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut. Namun, tindakan refleks saya telah menyelamatkan keadaan cemas tersebut. Apabila saya melihat kereta tersebut membuat pusingan-U saya pun mengelak kereta tersebut dengan membawa kereta yang saya pandu ke sebelah kiri jalan. Namun, terdapat sebuah tiang elektrik di bahu jalan tersebut dan memnyebabkan bahagian sisi hujung kiri kereta saya telah terlanggar tiang tersebut sehingga menyebabkan lampu kereta saya pecah.
Gambar kerosakan yang saya alami selepas kejadian.
Nasib baik menyebelahi kereta yang keluar membuat pusinga-U secara tiba-tiba itu. Di dalam kereta itu terdapat seorang pemandu dan 2 penumpang. Seorang penumpang duduk di bahagian sebelah pemandu. Jika saya tidak mengelak kereta tersebut berkemungkinan besar penumpang yang duduk di sebelah pemandu itu akan mati kerana rempuhan dari kereta saya yang laju. Kereta tersebut juga tidak langsung mengalami kerosakan.
Nasihat saya kepada seluruh pemandu kenderaan, tolonglah berhati-hati semasa memandu dan patuhi segala peraturan di jalan raya. Hal ini kerana jalan raya bukan tempat untuk main-main. Silap sedikit nyawa akan melayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Dalam kehidupan kita ini, akan tiba satu masa dimana kita akan berhadapan dengan ujian, cabaran, masalah dan ranjau. Ketika itulah kita mera...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...
No comments:
Post a Comment