Sunday, 13 May 2018

MENTOR, SIFU, MASTER

Untuk menjadi seorang yang hebat, kita memerlukan seseorang untuk dicontoh. Jika kita tidak mempunyai idola, agak sukar untuk kita menjadi orang yang hebat kerana kita tiada seseorang yang kita boleh bandingkan.

Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang berjaya tanpa mempunyai guru. Jika kita hidup tanpa berguru, kita akan cenderung untuk menjadi orang yang lemah dan tiada hala tuju. Ibaratnya seperti masuk ke dalam hutan tanpa membawa peta, kompas mahupun telefon bimbit.

Untuk menjadi orang yang hebat, kita perlukan bimbingan. Kita mestilah mempunyai orang yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar. Hidup berseorangan tidak akan membuahkan hasil dan akhirnya potensi yang kita ada terbantut.

Berbicara tentang potensi, semua orang mempunyai potensi. Selain itu, semua orang mempunyai kebolehan dalam bidang masing-masing. Namun, untuk menjadi hebat dalam bidang atau kebolehan tersebut, kita perlu ada orang yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar. Itulah mentor atau sifu.

Akhir kata, saya sarankan kepada sesiapa yang membaca entri ini untuk cari guru atau sifu yang baik. Kemudian, jadilah anak murid yang berdisiplin.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...