Monday, 21 May 2018

Kolej MARA Banting: IB World School

Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seperti pelajar lepasan SPM yang lain, saya pun mengisi borang UPU melalui platform atas talian dan juga memohon program yang ditawarkan oleh MARA. Saya tidak langsung memohon matrikulasi semasa sebelum peperiksaan SPM berlangsung.

Untuk UPU, pilihan pertama saya adalah untuk membuat persediaan dalam sains untuk memasuki bidang perubatan. Ketika itu saya letak UPNM sebagai pilihan pertama. Namun, permohonan saya tidak dapat diproses kerana ada masalah teknikal dan saya tidak langung mengambil kesah tentang perkara tersebut.

Untuk MARA, pilihan pertama saya adalah untuk membuat persediaan ke luar negara bagi bidang ekonomi di Kolej MARA Banting. Permohonan saya berjaya dan saya pergi ke temuduga dan seterusnya layak untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara BAnting.

KMB merupakan sebuah sekolah antarabangsa yang mana institusi ini menawarkan program IBDP (International Baccalaureate Diploma Programme). IB Diploma merupakan program 2 tahun di mana di akhir kursus ini pelajar akan mendapat segulung sijil yang bertaraf antarbangsa bagi membolehkan pelajar tersebut menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang terkemuka di seluruh dunia.

Semasa menjalani program IB Diploma ini, saya mempelajari 6 subjek, membuat Extended Essei, belajar Theory of Knowledge dan juga membuat CAS program (Creative Action Service). 6 subjek yang saya pelajari ialah Malay Language SL, English HL, Mathematics HL, Economics HL, Business Management SL dan Environmental Systems and Societies SL.

Extended essay merupakan sebuah mini tesis di mana pelajar perlu membuat karangan yang mengandungi 4000 patah perkataan. Theory of knowledge pula mengajar tentang cara berfikir dan menilai sesebuah pernyataan. CAS program pula adalah satu bentuk khidmat masyarakat yang akan dilakukan oleh pelajar.

IB Diploma programme adalah satu program yang sangat mencabar. Namun, ia mempunyai banyak faedah dalam membentuk jati diri. Antaranya untuk menjadi seorang yang berani mengambil risiko dan mempunyai pemikiran yang kritis.

Pada pendapat saya, antara program A-Level dan IB Diploma, IB Diploma lebih holistik dan lebih mencabar. Sebagai salah seorang alumni Kolej MARA Banting, saya bangga menjadi seorang IB Survivor.


 Gambar rakan seperjuangan saya semasa di Kolej MARA Banting

 Gambar bersama kawan-kawan baik saya semasa malam terakhir di Kolej MARA Banting sebelum kami berpisah membawa haluan hidup masing-masing.

2 comments:

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...