Mengikut sirah, ayat tersebut diturunkan ketika awal zaman bermulanya Nabi S.A.W membina negara Islam di Yathrib. Golongan Muttaqin dan Kafir sudah wujud walaupun sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah. Namun, golongan Munafiq hanya wujud semasa Nabi berada di Madinah.
Hal ini kerana ketika di Mekah, tiada siapa yang mahu berpura-pura beriman kepada ajaran Nabi S.A.W yang memang jelas mendapat tentangan daripada Musyrikin Mekah. Kita boleh lihat bagaimana umat Islam ditindas, diseksa dan dipulau. Maka, tidak ada orang yang memeluk Islam di Mekah melainkan ikhlas untuk beriman dengan ajaran baginda walaupun terpaksa berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Musyrikin Mekah.
Berbeza pula kesnya selepas hijrah ke Madinah, Nabi S.A.W telah mendapat perjanjian taat setia daripada kaum Aus dan Khazraj yang membolehkan baginda membina negara Islam dan menyebarkan dakwah dengan mudah. Oleh kerana kuasa berada pada tangan Nabi S.A.W dan orang yang membenci Nabi S.A.W tidak mempunyai kuasa untuk menentang seperti kaum Musyrik Mekah, lahirlah banyak Munafiq yang bersekongkol dengan syaitan. Mereka hanya berpura-pura beriman tetapi hakikatnya mereka menyimpan dendam kesumat terhadap Nabi S.A.W.
Begitulah realitinya saudaraku. Apabila kita susah, barulah kita kenal
siapa sahabat sejati kita yang ikhlas. Tetapi ketika waktu kita senang,
berhati-hatilah kerana ada orang yang berpura-pura sahaja untuk
bersahabat dengan kita namun hakikatnya mereka menyimpan dendam kesumat
terhadap kita.
Semoga Allah sentiasa merahmati Sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang sanggup berjuang dengan ikhlas walaupun harta dan nyawa dikorbankan. Itulah kemanisan iman yang mana orang kafir tidak akan pernah tahu dan faham.
Semoga Allah sentiasa merahmati Sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang sanggup berjuang dengan ikhlas walaupun harta dan nyawa dikorbankan. Itulah kemanisan iman yang mana orang kafir tidak akan pernah tahu dan faham.
No comments:
Post a Comment