Friday, 25 May 2018

Sejauh mana tahap kita bersahabat?

Jika dilihat kepada sirah Nabi S.A.W, keakraban hubungan persahabatan antara Nabi S.A.W dan sahabatnya begitu mengkagumkan.

Cuba kita tanya dekat diri kita, adakah kita ada rakan yang kita rapat sehinggakan kita sanggup jadikan rakan kita itu sebagai anak menantu atau sebagai bapa mertua atau sebagai adik ipar atau abang ipar?

Saya sendiri tidak ada sahabat yang saya sanggup jadikan dia sebagai anak menantu jika saya ada anak nanti. Mungkin kerana rasa janggal atau tidaklah mungkin sampai ke tahap itu walaupun kita rakan karib. 

Tetapi lihatlah betapa akrab dan sayangnya sahabat R.A kepada Nabi S.A.W sehingga mahu manjadikan Nabi S.A.W sebagai ahli keluarga.
 
Maknanya, hubungan persahabatan Nabi S.A.W dan Sahabatnya yang lain seperti Abu Bakr R.A, Umar R.A, Uthman R.A dan Ali R.A bukan hanya sahabat biasa tetapi hubungan mereka sangat tebal dan mendalam sehingga mereka sanggup menjadikan nabi sebagai anak menantu dan bapa mertua.

Bila saya buat refleksi ini, saya merasakan bahawa rakan karib itu bukanlah jatuh dalam definisi kawan. Tetapi rakan karib itu adalah keluarga kita sendiri.

Semoga Allah meredhai sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang sanggup berkorban untuk Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...