Sunday, 20 May 2018

Presidential Game (Makroekonomi)




ESSEI PERDANA MENTERI

Sebagai sebuah Negara yang mempunyai kurniaan tenaga buruh sebanyak 1 juta dan mempunyai GDP tahun semasa sebanyak USD 100 Billion, kejutan ekonomi bahawa Negara kami ini hanya mengimport komoditi sawit dari Negara yang memiliki pensijilan yang mampan serta ledakan pnggunaan Artificial Intelligence di peringkat global berikutan revolusi perindustrian keempat sememangnya memberi kesan yang besar kepada Negara A ini.

Kita sedia maklum bahawa pendapatan Negara terdiri daripada komponen perbelanjaan (consumption), pelaburan (investment), perbelanjaan kerajaan (government expenditure) dan juga net eksport (Export minus Import). Oleh itu, dengan adanya polisi bahawa Negara A hanya mengimport komoditi sawit dari Negara yang mempunyai pensijilan yang mampan, ia akan meningkatkan kos import bagi Negara A. Oleh yang demikian, ia memberi kesan kepada pendapatan Negara di mana pendapatan Negara A akan berkurang oleh kerana kos import yang meningkat.  

Hal ini kerana pensijilan yang mampan bermaksud Negara tersebut akan memastikan bahawa teknik penanaman yang dilakukan akan menjaga alam sekitar daripada tercemar dan juga hasil pertanian yang berterusan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa tindakan ini akan meningkatkan kos. Maka Negara A akan membayar kos import yang lebih tinggi dan kemudiannya  akan menjejaskan pendapatan Negara.

Sebagai seorang Perdana Menteri, terdapat bebrapa perkara yang boleh dilaksanakan bagi memastikan pendapatan Negara distabilkan semula. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui pengembangan dasar fiskal. Seperti yang kita maklum, dasar fiscal adalah sebuah dasar yang melibatkan kerajaan di mana ia dilaksanakan melalui percukaian dan juga perbelanjaan kerajaan. Bagi memastikan pendapatan Negara dipulihkan semula, kerajaan melalui dasar fiscal boleh mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Hasilnya, apabila kadar cukai dikurangkan, perbelanjaan isi rumah akan meningkat disebabkan pendapatan bersih mereka meningkat. Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan, apabila kerajaan berbelanja lebih ia akan meingkatkan pendapatan Negara. Hasilnya, pendapatan Negara dapat diseimbangkan semula walaupun kos import meningkat.

Kejutan yang seterusnya pula adalah mengenai ledakan penggunaan Artificial Intelligence di peringkat global berikutan revolusi perindustrian keempat. Sebagai sebuah Negara perindustrian, hal ini sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada Negara A. Ledakan penggunaan Artificial Intelligence ini mempunyai kesan yang baik dan juga kesan yang buruk. 

Kesan yang baik ialah dengan adanya Artificial Intelligence, firma-firma di Negara A dapat meningkatkan produktiviti mereka. Oleh yang demikan, bagi menggalakkan firma-firma ini melabur untuk menerapkan Artificial Intelligence dalam operasi syarikat mereka, bank pusat melalui dasar pengembangan monetary akan mengurankan kadar faedah bagi memberi insentif kepada firma-firma ini membuat pinjaman daripada bank dan membuat pelaburan. Hal ini juga akan meningkatkan pendapatan Negara disebabkan peningkatan dalam pelaburan.

Kesan yang buruk pula ialah Negara akan berhadapan dengan kadar pengangguran yang akan meningkat disebabkan ledakan artificial intelligence. Hal ini kerana firma-firma di Negara A akan menjadi kurang bergantung kepada tenaga buruh. Apabila perkara ini berlaku, pebelanjaan dari isi rumah akan berkurang disebabkan pengangguran meningkat. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian sumber akan membuat program yang akan menjadikan tenaga buruh yang ada di Negara ini bersedia untuk berhadapan dengan Revolusi Industri yang keempat ini. Latihan dan seminar akan diberikan buat tenaga buruh yang kehilangan pekerjaan bagi memastikan meraka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kerajaan juga akan meningkatkan perbelanjaan dengan membuat bayaran pindahan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan ledakan ini.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...