Monday, 21 May 2018

19 April 2018 - Satu tarikh untuk diingati

19 April 2018

Pada jam 12.30 tengah hari saya telah dikejutkan dengan panggilan dari ayah saya. Pada ketika itu saya sedang berada di dalam sebuah bilik seminar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM bagi mendengar kuliah Prinsip Perakaunan.

Ayah saya memberitahu bahawa kandungan kakak saya yang pertama ada masalah. Beliau sedang mengandung sepasang anak kembar. Salah seorang daripada kembar itu telah mati dalam kandungan. Kakak saya terpaksa manghadapi pembedahan bagi mengeluarkan bayi yang telah mati dalam kandungannya itu.

Saya rasa sangat sedih apabila diberitahu tentang berita yang buruk itu. Kakak pertama saya banyak berjasa kepada saya dan mendengar beliau ditimpa musibah menyebabkan saya berasa sangat sedih.

Saya mengambil keputusan untuk balik ke Johor pada ketika itu juga. Tanpa fikir panjang saya terus meni9nggalkan kelas dan terus bergegas pulang ke bilik untuk mengemas baju dan menempah tiket penerbangan ke Johor.

Saya tiba di Johor pada jam 4.00 petang dan dijemput oleh ayah saya di Lapangan Terbang Senai dan kami bergerak ke Hospital Sultan Ismail. Setibanya saya di sana saya terus pergi ke wad  bersalin untuk berjumpa dengan kakak saya. 

Pada jam 8.00 malam, saya dan abang ipar saya pergi bangunan forensik untuk memandikan mayat bayi tersebut. Ini juga kali pertama saya melihat dengan mata kepala saya sendiri cara memandikan mayat. Dalam hati saya mengatakan bahawa beruntungnya kakak dan abang ipar saya kerana dianugerahkan anak syurga.

Pada jam 11.00 malam, mayat bayi itu dikebumikan. Walaupun, kami mendapat berita yang sedih pada masa yang sama kami juga mendapat berita gembira. Satu lagi anak dalam kandungan kakak saya masih selamat dan  dijaga di dalam NICU.

No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...