Kebelakangan ini kerap kali terlintas dalam pemikiran saya ini mengapa saya mempunyai tingkah laku yang susah nak bergaul dengan orang lain. Puas saya fikir. Akhirnya saya dapat satu teori yang dapat menerangkan tingkah laku saya ini.
Saya dibesarkan dengan keluarga yang agak mengawal perbuatan saya dan saya mempunyai seorang bapa yang authoritarion. Sehingga sekarang pun walaupun umur saya sudah 22 tahun saya masih kurang mendapat kebebasan berbanding dengan rakan2 saya yang lain (mengikut pemerhatian saya).
Saya dilarang keluar malam apabila berada di rumah. Ini adalah pantang paling besar dalam peraturan rumah saya. Kalau mahu kena bebel sepanjang hari, berani cubalah.
Saya juga pernah minta izin untuk keluar dengan rakan saya semasa saya baru habis belajar di KMB. Apa yang saya diberitahu oleh orang tua saya; "kawan-kawan kau tu tak beri faedah apa-apa pun kat kau". Saya mula terfikir adakah kita sebagai manusia tidak boleh bersosial?
Dirumah juga saya hanya selesa untuk berbual tentang apa yang saya alami dan pendapat saya tentang isu semasa tetapi untuk meluahkan perasaan saya dirumah, saya rasa saya tidak mampu untuk melakukan perkara itu. Ya, bagi saya meluahkan perasaan itu sangat susah. (Meluahkan perasaan dan memberitahu masalah itu perkara yang berbeza)
Di rumah ini lebih banyak aura negatif berbanding positif. Mungkin ini yang mempengaruhi tingkah laku saya yang agak pasif dan susah bersosial.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...
-
Saya merupakan bekas pelajar MRSM Pontian (kini dikenali sebagai MRSM Tun Dr Ismail). Saya mula berdaftar di MRSM Pontian pada Februari 2012...
Sama
ReplyDelete