Perkara yang seringkali kita dengar ialah semua agama sama. Semua agama mengajak kepada kebaikan.
Pada pendapat saya, agama-agama yang ada di atas dunia ini tidak sama. Jangan kita terkeliru dengan kod etika dan moral.
Orang yang tidak mempunyai agama (orang yang tidak percaya kepada tuhan dan unsur-unsur ketuhanan atau lebih dikenali dengan gelaran 'atheis') juga berpegang kepada kod etika dan moral.
Sesungguhnya, agama bukan kod etika dan moral. Agama adalah ideologi ketuhanan.
Itulah yang menjadikan sesebuah agama itu berbeza dengan agama yang lain.
Ideologi agama Islam ialah tiada tuhan melainkan Allah (Tuhan yang maha Esa dan menguasai seluruh alam semesta).
Ideologi agama Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Quddus. (Triniti)
Ideologi Hindu pula mempercayai kepada banyak Tuhan.
Kesimpulannya, agama adalah kepercayaan kita kepada konsep ketuhanan. Kerana itu dalam Islam kita diajar dengan istilah iman dan kafir. Kerana itu jugalah Islam tidak mengiktiraf agama lain kerana Islam hanya percaya kepada satu tuhan sahaja.
Kod Etika dan Moral bukan agama. Ia adalah pegangan hidup.
Wednesday, 26 December 2018
Saturday, 15 December 2018
Komunikasi, interaksi dan reaksi
Dalam kehidupan kita, kita akan berkomunikasi. Komunikasi adalah interaksi antara satu entiti kepada entiti yang lain. Ia boleh diterjemah dalam pelbagai bentuk; percakapan, mimik muka, gerak tubuh, SMS, media sosial, whatsapp dan sebagainya.
Dalam mengurus organisasi, perkara yang paling utama ialah komunikasi yang berkesan. Gagal membuat komunikasi secara berkesan akan membuatkan organisasi itu gagal dan tidak dapat mencapai objektif.
Semakin kuat interaksi kita dengan entiti lain (manusia, haiwan, jin, hantu, setan, Tuhan dsb), semakin kaya gelagat hubungan tersebut.
Jika kita diam dan tidak suka berkomunikasi, hidup kita akan menjadi bosan. Hiduplah dalam dunia sendiri. Macam orang sekeliling tak wujud.
Kesimpulannya, kita kena pastikan komunikasi kita berkesan. Jangan buat kesilapan dalam berkomunikasi sehingga membuat orang "miscommunicate".

Subscribe to:
Posts (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...
-
Saya merupakan bekas pelajar MRSM Pontian (kini dikenali sebagai MRSM Tun Dr Ismail). Saya mula berdaftar di MRSM Pontian pada Februari 2012...