Wednesday, 26 December 2018

Agama itu bukan etika dan moral.

Perkara yang seringkali kita dengar ialah semua agama sama. Semua agama mengajak kepada kebaikan.

Pada pendapat saya, agama-agama yang ada di atas dunia ini tidak sama. Jangan kita terkeliru dengan kod etika dan moral.

Orang yang tidak mempunyai agama (orang yang tidak percaya kepada tuhan dan unsur-unsur ketuhanan atau lebih dikenali dengan gelaran 'atheis') juga berpegang kepada kod etika dan moral.

Sesungguhnya, agama bukan kod etika dan moral. Agama adalah ideologi ketuhanan.

Itulah yang menjadikan sesebuah agama itu berbeza dengan agama yang lain.

Ideologi agama Islam ialah tiada tuhan melainkan Allah (Tuhan yang maha Esa dan menguasai seluruh alam semesta).

Ideologi agama Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Quddus. (Triniti)

Ideologi Hindu pula mempercayai kepada banyak Tuhan. 

Kesimpulannya, agama adalah kepercayaan kita kepada konsep ketuhanan. Kerana itu dalam Islam kita diajar dengan istilah iman dan kafir. Kerana itu jugalah Islam tidak mengiktiraf agama lain kerana Islam hanya percaya kepada satu tuhan sahaja.

Kod Etika dan Moral bukan agama. Ia adalah pegangan hidup. 


No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...