Berada di dalam satu kawasan yang ada orang gila adalah sangat merbahaya. Orang gila selalunya akan bertindak di luar batas akal yang sihat.
Sebab itu ramai penjenayah kes bunuh mempunyai masalah otak. Sebab mereka tak dapat membuat pertimbangan dengan waras.
Janganlah kita cuba cari nahas dengan berjalan seorang diri di tempat yang asing dengan kita lebih-lebih lagi pada waktu malam. Kemungkinan besar akan berlaku perkara yang membawa malang jika ada orang gila di kawasan tersebut.
Tapi, gila ni pada saya ada 2. Satu gila kekal (masalah mental yang kronik dan tak boleh baik lagi). Kedua gila sementara (masalah mental yang dialami oleh semua orang).
Semua orang ada masa yang di mana mereka akan menjadi gila. Kalau perempuan tu mungkin pada waktu dia datang bulan la. Sebabtu bila sampai masa perempuan ni datang bulan diorang jadi gila sebab mental dia tak stabil. Gila di sini adalah ketidakmampuan untuk menggunakan kapasiti otak untuk berfikir secara penuh.
Kita seringkali dengar orang cakap gila harta, gila perempuan, gila kuasa dan macam-macam lagi jenis gila. Sebenarnya penggunaan perkataan gila untuk menerangkan sifat seseorang itu pada saya sangat tepat.
Contoh: Apa maksud gila harta? Gila harta adalah sifat orang yang tak dapat berfikir dengan menggunakan kapasiti otaknya secara penuh untuk menilai cara-cara untuk si polan itu mendapatkan harta. Orang ini tak kesah sama ada cara dia itu halal ke haram ke menindas orang ke merosakkan alam sekitar ke sebab pada dia yang penting dia dapat harta tersebut. Sebab itu dia dinamakan 'Gila Harta'. Dia tak dapat menilai dengan baik cara untuk mendapatkan harta.
Sama juga kesnya dengan orang yang 'Gila Kuasa'. Si polan akan buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa tanpa berfikir dengan kemampuan penuh otak sama ada tindakan dia itu betul atau salah. Sebab itu orang yang Gila Kuasa ni akan menindas orang lain, tikam belakang orang lain, menghamburkan kata-kata nista dan tipu daya untuk dia dapatkan kuasa. Sebab apa? Sebab dia gila. Dia tak dapat berfikir dengan menggunakan kemampuan otak dia yang penuh.
Orang yang sanggup memilih jalan yang merosakkan ni sememangnya gila. Walaupun dia sudah berfikir sebab dia tetap pilih jalan yang salah. Bukankah banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk berfikir. Berfikir pula untuk apa? Sudah semestinya untuk membuat keputusan. Keputusan yang bagaimana? Semestinya keputusan yang memberi rahmat kepada semua orang. Kalau kita berfikir tapi pilih jalan kerosakkan jugak maksudnya kita Gila!
Sekian sahaja coretan buat kali ini. Ingat! Jangan jadi Gila!
Sunday, 6 January 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Dalam kehidupan kita ini, akan tiba satu masa dimana kita akan berhadapan dengan ujian, cabaran, masalah dan ranjau. Ketika itulah kita mera...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...
No comments:
Post a Comment