Thursday, 3 January 2019

Crossroads: One Two Jaga (Review Film)

Sebuah filem yang sarat dengan konflik dan kaya dengan jalan cerita yang membuka mata dan minda. Sebuah filem yang menunjukkan betapa kotornya kehidupan kita ini yang dipenuhi dengan korupsi. 

Saya tak mahu cerita tentang sinopsis filem ini tetapi saya mahu cerita lebih tentang nilai-nilai yang ingin ditonjolkan melalui cerita ini.

Semua orang ada masalah dalam kehidupan ini. Warga asing yang datang ke Malaysia kebanyakannya tiada permit. Pekerja ada masalah dengan majikan yang mengerah segala kudrat pekerja tanpa membayar gaji yang setara. Polis dengan rasuah yang susah untuk dielakkan. Ibu bapa yang perlu mendidik anak-anak. Penjenayah besar yang dijaga oleh polis. Filem ini memang membuka mata saya tentang apa yang berlaku dalam dunia sebenar.

Banyak perkara yang perlu kita belajar dalam kehidupan kita ini. Ya, kita sering dengar kata-kata yang memandang rendah kepada orang yang tidak mempunyai pengaruh dalam masyarakat seperti "kau tu ikan bilis je". Tetapi biarlah kita jadi ikan bilis yang amanah daripada menjadi ikan jerung yang tidak ada integriti.

Apa yang saya boleh katakan filem ini memang luar biasa. Saya sangat mengesyorkan anda tonton filem ini. 


No comments:

Post a Comment

Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia

 Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...