Antara budaya yang saya dapat semasa melanjutkan pelajaran Ijazah saya di Kanada adalah budaya bermain boardgame. Palajar-pelajar di Kanada meluangkan waktu sesama mereka dengan bermain boardgame. Ini adalah budaya yang saya tak pernah rasai semasa berada di Malaysia. Sudah tentu lebih ramai lebih seronok!
Maka, pada entri kali ini saya akan kongsikan beberapa boardgame yang saya miliki.
Friday, 25 May 2018
Mari kita derma darah!
Bagi entri kali ini, saya ingin mengajak anda untuk menderma darah. Saya sudah 3 kali menderma darah dalam sepanjang kehidupan saya. Derma darah adalah perbuatan yang mulia kerana ia dapat menyelamatkan nyawa manusia yang mungkin di ambang maut. Oleh sebab itu, penderma darah diberikan berbagai-bagai keistimewaan.
Anda boleh lihat keistimewaan menderma darah dalam gambar yang saya post dalam entri ini.
Mari derma darah!
p/s: jenis darah saya adalah A.
Jenis-jenis pembuang sampah
Pembuang sampah ada 3 jenis.
1. Pembuang sampah yang membuang sampah merata-rata. Pembuang sampah ini adalah pencemar alam sekitar.
2. Pembuang sampah yang membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Namun, pembuang sampah ini tidak mengasingkan sampah yang dibuangnya. Pembuang sampah ini bertanggungjawab terhadap sampahnya tetapi hanya untuk menjaga kebersihan di hadapan mata. Pembuang sampah ini belum cukup bagus malah ketinggalan zaman.

3. Pembuang sampah yang tahu membezakan jenis-jenis sampah dan
mengasingkan sampah yang dibuangnya. Pembuang sampah ini bukan sekadar
menjaga kebersihan di hadapan mata malah seluruh alam sekitar. Inilah
pembuang sampah yang diperlukan pada zaman ini.
Sejauh manakah kita bertanggungjawab terhadap sampah yang kita buang?

Muttaqin, Kafir dan Munafiq
Ayat 1-29 surah Al Baqarah menerangkan tentang siapa itu golongan Muttaqin, Kafir dan Munafiq.
Mengikut sirah, ayat tersebut diturunkan ketika awal zaman bermulanya Nabi S.A.W membina negara Islam di Yathrib. Golongan Muttaqin dan Kafir sudah wujud walaupun sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah. Namun, golongan Munafiq hanya wujud semasa Nabi berada di Madinah.
Hal ini kerana ketika di Mekah, tiada siapa yang mahu berpura-pura beriman kepada ajaran Nabi S.A.W yang memang jelas mendapat tentangan daripada Musyrikin Mekah. Kita boleh lihat bagaimana umat Islam ditindas, diseksa dan dipulau. Maka, tidak ada orang yang memeluk Islam di Mekah melainkan ikhlas untuk beriman dengan ajaran baginda walaupun terpaksa berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Musyrikin Mekah.
Berbeza pula kesnya selepas hijrah ke Madinah, Nabi S.A.W telah mendapat perjanjian taat setia daripada kaum Aus dan Khazraj yang membolehkan baginda membina negara Islam dan menyebarkan dakwah dengan mudah. Oleh kerana kuasa berada pada tangan Nabi S.A.W dan orang yang membenci Nabi S.A.W tidak mempunyai kuasa untuk menentang seperti kaum Musyrik Mekah, lahirlah banyak Munafiq yang bersekongkol dengan syaitan. Mereka hanya berpura-pura beriman tetapi hakikatnya mereka menyimpan dendam kesumat terhadap Nabi S.A.W.

Begitulah realitinya saudaraku. Apabila kita susah, barulah kita kenal
siapa sahabat sejati kita yang ikhlas. Tetapi ketika waktu kita senang,
berhati-hatilah kerana ada orang yang berpura-pura sahaja untuk
bersahabat dengan kita namun hakikatnya mereka menyimpan dendam kesumat
terhadap kita.
Semoga Allah sentiasa merahmati Sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang sanggup berjuang dengan ikhlas walaupun harta dan nyawa dikorbankan. Itulah kemanisan iman yang mana orang kafir tidak akan pernah tahu dan faham.

Sejauh mana tahap kita bersahabat?
Jika dilihat kepada sirah Nabi S.A.W, keakraban hubungan persahabatan antara Nabi S.A.W dan sahabatnya begitu mengkagumkan.
Cuba kita tanya dekat diri kita, adakah kita ada rakan yang kita rapat sehinggakan kita sanggup jadikan rakan kita itu sebagai anak menantu atau sebagai bapa mertua atau sebagai adik ipar atau abang ipar?
Saya sendiri tidak ada sahabat yang saya sanggup jadikan dia sebagai anak menantu jika saya ada anak nanti. Mungkin kerana rasa janggal atau tidaklah mungkin sampai ke tahap itu walaupun kita rakan karib.
Tetapi lihatlah betapa akrab dan sayangnya sahabat R.A kepada Nabi S.A.W sehingga mahu manjadikan Nabi S.A.W sebagai ahli keluarga.

Maknanya, hubungan persahabatan Nabi S.A.W dan Sahabatnya yang lain
seperti Abu Bakr R.A, Umar R.A, Uthman R.A dan Ali R.A bukan hanya
sahabat biasa tetapi hubungan mereka sangat tebal dan mendalam sehingga
mereka sanggup menjadikan nabi sebagai anak menantu dan bapa mertua.
Bila saya buat refleksi ini, saya merasakan bahawa rakan karib itu bukanlah jatuh dalam definisi kawan. Tetapi rakan karib itu adalah keluarga kita sendiri.
Semoga Allah meredhai sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang sanggup berkorban untuk Nabi Muhammad S.A.W.

Suicide!!
As we live our normal life, we might not aware that there are people having depression right now. Depression comes to mind when we think that we don't have any choice other than committing suicide.
As living in a community, we should take care of each other. Try to reach the people who might showing the symptoms of depression and help them to solve their problem.
ACADEMIC COMMUNICATION: TOPIC ON SUICIDE
This is my assignment for Academic Communication 2. We did a video on Suicide as we see that this topic is very important to be discussed. Depression is not a myth but it can affect everyone. Therefore, it is important for us to take care on the people around us.
Doing this assignment with my group is very interesting and I learn that we have to put our trust on other people in order to make a great job done. I am happy to be a part of this team and I am very happy about the quality of work that we have made.
True Detective Season 1
Antara Drama series yang saya suka dan sangat gemar adalah True Detective. Dibintangi oleh Matthew MacConaughey dan Woody Harrelsson. Kisah mengenai misteri kehilangan ramai budak-budak kecil di sebuah negeri di Amerika Syarikat; Louisiana. Filem ini menceritakan bagaimana dua orang detektif menyelesaikan jenayah yang bersiri dan susah untuk dikesan. Latar masa bagi drama ini bermula daripada 1996 sehingga 2011.
Wednesday, 23 May 2018
Inflasi 1
Inflasi adalah kenaikan harga barang. Ada berbagai-bagai tanggapan masyarakat tentang inflasi. Sudah tentu ramai tidak suka akan kenaikan harga barang kerana ia akan mengurangkan kuasa membeli kita. Dalam entri kali ini saya akan terangkan apa punca berlakunya inflasi.
Situasi 1:
Dalam satu kampung ada 10 orang penduduk dan satu penjual roti.
Dalam sehari, penjual roti hanya mampu menghasilkan 5 buku roti sahaja dan menjualnya pada harga Rm 1.00.
Dalam 10 orang penduduk itu hanya 5 orang sahaja yang mampu membeli roti pada harga Rm 1.00.
Oleh yang demikian, semua roti dapat dijual pada harga RM 1.00.
Tiba-tiba pada suatu hari, apabila kesemua orang dalam kampung tersebut bekerja keras dan dapat meningkatkan pendapatan mereka, kesepuluh-sepuluh orang tersebut mampu membeli roti pada harga Rm 1.00.
Namun, penjual roti hanya mampu menghasilkan 5 buku roti dalam sehari.
Maka, berlakulah lebihan permintaan kerana kekurangan roti.
Penjual roti sedar bahawa penduduk kampung itu semua mampu untuk beli roti pada harga Rm 1.00 akan tetapi dia hanya mampu menghasilkan 5 buku roti sahaja.
Oleh itu, untuk memadankan kemampuan membeli penduduk kampung tersebut, penjual roti menaikkan harga sebuku roti kepada Rm 1.50.
Akhirnya, hanya 5 orang yang asal tadi sahaja yang mampu beli.
Penerangan: Inflasi berlaku apabila berlaku peningkatan dalam pendapatan kita. Apabila kuasa membeli meningkat, harga akan naik untuk memadankan kembali permintaan dengan pengeluaran yang terhad. Pada saya, inflasi ini dapat diatasi sekiranya kita mampu menghasilkan lebih. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya teknologi dan penemuan sumber yang baru.
Di samping itu, kita dapat lihat bahawa sebenarnya inflasi menunjukkan adanya peningkatan dalam produktiviti pekerja dalam sesebuah negara. Memang menjadi objektif kerajaan supaya inflasi negara berada dalam kadar 2%-3% setiap tahun kerana ia menggambarkan bahawa penduduk di negara tersebut produktif untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan tidak suka deflasi kerana ia menunjukkan masyarakat dalam negara tersebut kurang produktif. Namun, kadar inflasi yang tinggi iaitu melebihi 3% sememangnya membimbangkan kerana ia akan membebankan rakyat.

Ini bukan soal menang atau kalah!
Pada bulan March 2018, sebuah filem aksi KL Special Force telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini merupakan filem yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi pada pendapat saya. Filem ini juga menunjukkan bahawa taraf industri perfileman negara kita mampu bersaing di pentas dunia.
Filem KL Special Force ini dipenuhi dengan banyak aksi. Menampilkan Rosyam Nor sebagai watak utama bersama barisan pelakon yang lain seperti Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Filem ini menceritakan tentang jenayah yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan juga ketangkasan Pasukan Elit PDRM bagi menyelesaikan kes tersebut.
Walaupun dipenuhi dengan aksi, terdapat perkara lain yang membuatkan saya kagum dengan filem ini. Filem ini mempunyai falsafah yang tinggi sehingga membuatkan penonton berfikir sepanjang filem ditontonkan. Antara isu yang ditekankan adalah rasuah, jenayah membunuh dan juga perjuangan membanteras jenayah.
Pada akhir filem ini, ada sebuah scene yang membuatkan saya rasa tersentak iaitu apabila Lan berpesan kepada Zul bahawa:
"HIDUP INI BUKANNYA SOAL MENANG ATAU KALAH! TETAPI ADAKAH KITA AKAN SENTIASA MENERUSKAN PERJUANGAN!"

Monday, 21 May 2018
Kolej MARA Banting: IB World School
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seperti pelajar lepasan SPM yang lain, saya pun mengisi borang UPU melalui platform atas talian dan juga memohon program yang ditawarkan oleh MARA. Saya tidak langsung memohon matrikulasi semasa sebelum peperiksaan SPM berlangsung.
Untuk UPU, pilihan pertama saya adalah untuk membuat persediaan dalam sains untuk memasuki bidang perubatan. Ketika itu saya letak UPNM sebagai pilihan pertama. Namun, permohonan saya tidak dapat diproses kerana ada masalah teknikal dan saya tidak langung mengambil kesah tentang perkara tersebut.
Untuk MARA, pilihan pertama saya adalah untuk membuat persediaan ke luar negara bagi bidang ekonomi di Kolej MARA Banting. Permohonan saya berjaya dan saya pergi ke temuduga dan seterusnya layak untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara BAnting.
KMB merupakan sebuah sekolah antarabangsa yang mana institusi ini menawarkan program IBDP (International Baccalaureate Diploma Programme). IB Diploma merupakan program 2 tahun di mana di akhir kursus ini pelajar akan mendapat segulung sijil yang bertaraf antarbangsa bagi membolehkan pelajar tersebut menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang terkemuka di seluruh dunia.
Semasa menjalani program IB Diploma ini, saya mempelajari 6 subjek, membuat Extended Essei, belajar Theory of Knowledge dan juga membuat CAS program (Creative Action Service). 6 subjek yang saya pelajari ialah Malay Language SL, English HL, Mathematics HL, Economics HL, Business Management SL dan Environmental Systems and Societies SL.
Extended essay merupakan sebuah mini tesis di mana pelajar perlu membuat karangan yang mengandungi 4000 patah perkataan. Theory of knowledge pula mengajar tentang cara berfikir dan menilai sesebuah pernyataan. CAS program pula adalah satu bentuk khidmat masyarakat yang akan dilakukan oleh pelajar.
IB Diploma programme adalah satu program yang sangat mencabar. Namun, ia mempunyai banyak faedah dalam membentuk jati diri. Antaranya untuk menjadi seorang yang berani mengambil risiko dan mempunyai pemikiran yang kritis.
Pada pendapat saya, antara program A-Level dan IB Diploma, IB Diploma lebih holistik dan lebih mencabar. Sebagai salah seorang alumni Kolej MARA Banting, saya bangga menjadi seorang IB Survivor.
Gambar rakan seperjuangan saya semasa di Kolej MARA Banting
Gambar bersama kawan-kawan baik saya semasa malam terakhir di Kolej MARA Banting sebelum kami berpisah membawa haluan hidup masing-masing.

MRSM Pontian: Tempat membina jati diri
Saya merupakan bekas pelajar MRSM Pontian (kini dikenali sebagai MRSM Tun Dr Ismail). Saya mula berdaftar di MRSM Pontian pada Februari 2012 di mana pada ketika itu saya berada dalam tingkatan 4. Sebelum itu saya belajar di MRSM Bentong dan MRSM Pekan.
Kelas saya semasa tingkatan 4 ialah kelas 4 Sheffield. Homeroom saya pula ialah Homeroom Cikgu Azrena. Saya memilih untuk meneruskan pengajian menengah atas saya dalam bidang sains tulen dimana mata pelajaran yang saya ambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.
Kelas saya semasa tingkatan 5 ialah kelas 5 Oxford. Homeroom tetap kekal. Saya sempat menjadi ahli Badan Wakil Pelajar semasa berada di MRSM tersebut. BWP merupakan satu badan kepimpinan tertinggi dalam MRSM.
MRSM Pontian ini unik kerana bilangan pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Boleh diandaikan bahawa nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan adalah 1:2. Seorang pelajar lelaki bersamaan dengan 2 pelajar perempuan.
MRSM Pontian juga mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Pelajar akan dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat fardhu subuh dan membaca al-mathurat dan al-quran. Selepas selesai solat subuh dan bacaan al-quran, pelajar akan bersarapan pagi di dewan makan dan bersiap untuk ke kelas. Pada jam 7.15 pagi, semua pelajar perlu beratur untuk perhimpunan harian di tapak perhimpunan yang terletak di tengah bangunan akademik. Kelas bermula pada 7.40 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Kemudian pelajar akan menunaikan solat zohor dan makan tengahari. Pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang pelajar akan mengikuti program prep petang. (Prep adalah istilah yang digunakan oleh pelajar asrama bagi merujuk waktu mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan). Pada jam 5.00 petang pelajar akan menunaikan solat asar dan minum petang. Pada jam 5.30 petang pelajar akan beriadah dan selepas beriadah pelajar akan makan malam dan bersiap untuk pergi ke surau bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Pada jam 7.00 malam, semua pelajar akan berkumpul di suran bagi menunaikan solat maghrib, mendengar ceramah dan menunaikan solat isyak. Pada jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam, pelajar akan mengikuti program prep malam. Selepas itu pelajar akan minum malam dan pulang ke asrama untuk berehat. Rutin yang sama diulang kembali.
Apa yang membezakan MRSM Pontian dengan sekolah berasrama yang lain ialah ketegasan dalam disiplin. Antara ketegasannya ialah:
1. Pelajar hanya boleh berada di dalam asrama pada waktu yang dibenarkan sahaja. Di luar waktu tersebut pintu pagar asrama dikunci dan pelajar dilarang untuk berada di dalam kawasan asrama.
2. Solat berjemaah setiap waktu. Ini wajib dan tak boleh dimaafkan jika ada pelajar yang tertinggal solat berjemaah.
3. Sentiasa menggalakkan semua pelajar untuk melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Boleh dikatakan ianya adalah wajib walaupun sunat.
4. Semua pelajar lelaki tingkatan 5 akan merasai untuk mengimami solat berjemaah dan semua pelajar tingkatan 3 akan menjadi bilal. Jadual giliran akan ditampal.
Gambar saya semasa belajar di MRSM Pontian

Kadet Polis
Polis merupakan satu pasukan yang menjaga keselamatan masyarakat daripada jenayah. Jenayah itu luas sehingga ia mempunyai banyak cabang jika ingin dibincangkan. Namun, saya tak bermaksud untuk berbincang tentang jenayah dalam entri kali ini. Sebaliknya saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya sepanjang terlibat dengan pasukan ini.
Saya menyertai kadet polis semasa saya bersekolah menengah dan sangat aktif dalam pasukan ini. Saya mula membina minat saya dalam kepolisan sebelum saya sekeloh menengah lagi kerana pada saya kerjaya sebagai seorang polis ini nampak hebat pada pandangan masyarakat. Oleh itu, saya membuat keputusan bahawa saya mesti meyertai Kadet Polis semasa di sekolah menengah.
Dalam kadet polis saya diberi pendedahan tentang kawad dan persenjataan. Oleh kerana aktif dalam kadet polis, saya telah dilantik untuk menjadi Sarjan Kadet di mana saya yang akan memeberi arahan di padang kawad terhadap anggota yang ada dalam kadet tersebut. Pengalaman pertama saya menembak menggunakan M16 adalah ketika saya berada dalam tingkatan 2. Pada ketika itu saya mengikuti Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM se-Malaysia.
Gambar ketika saya menyertai Kadet Polis di MRSM satu ketika dahulu.
Minat saya dalam kepolisan ini tak berhenti di MRSM sahaja. Apabila saya masuk UKM, saya menyertai KOR SUKSIS pula.
Gambar saya dalam keadaan beruniform polis semasa UKM mengadakan sambutan hari polis ke 211

19 April 2018 - Satu tarikh untuk diingati
19 April 2018
Pada jam 12.30 tengah hari saya telah dikejutkan dengan panggilan dari ayah saya. Pada ketika itu saya sedang berada di dalam sebuah bilik seminar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM bagi mendengar kuliah Prinsip Perakaunan.
Ayah saya memberitahu bahawa kandungan kakak saya yang pertama ada masalah. Beliau sedang mengandung sepasang anak kembar. Salah seorang daripada kembar itu telah mati dalam kandungan. Kakak saya terpaksa manghadapi pembedahan bagi mengeluarkan bayi yang telah mati dalam kandungannya itu.
Saya rasa sangat sedih apabila diberitahu tentang berita yang buruk itu. Kakak pertama saya banyak berjasa kepada saya dan mendengar beliau ditimpa musibah menyebabkan saya berasa sangat sedih.
Saya mengambil keputusan untuk balik ke Johor pada ketika itu juga. Tanpa fikir panjang saya terus meni9nggalkan kelas dan terus bergegas pulang ke bilik untuk mengemas baju dan menempah tiket penerbangan ke Johor.
Saya tiba di Johor pada jam 4.00 petang dan dijemput oleh ayah saya di Lapangan Terbang Senai dan kami bergerak ke Hospital Sultan Ismail. Setibanya saya di sana saya terus pergi ke wad bersalin untuk berjumpa dengan kakak saya.
Pada jam 8.00 malam, saya dan abang ipar saya pergi bangunan forensik untuk memandikan mayat bayi tersebut. Ini juga kali pertama saya melihat dengan mata kepala saya sendiri cara memandikan mayat. Dalam hati saya mengatakan bahawa beruntungnya kakak dan abang ipar saya kerana dianugerahkan anak syurga.
Pada jam 11.00 malam, mayat bayi itu dikebumikan. Walaupun, kami mendapat berita yang sedih pada masa yang sama kami juga mendapat berita gembira. Satu lagi anak dalam kandungan kakak saya masih selamat dan dijaga di dalam NICU.

Sunday, 20 May 2018
Presidential Game (Makroekonomi)
ESSEI PERDANA MENTERI
Sebagai
sebuah Negara yang mempunyai kurniaan tenaga buruh sebanyak 1 juta dan
mempunyai GDP tahun semasa sebanyak USD 100 Billion, kejutan ekonomi bahawa
Negara kami ini hanya mengimport komoditi sawit dari Negara yang memiliki pensijilan
yang mampan serta ledakan pnggunaan Artificial
Intelligence di peringkat global berikutan revolusi perindustrian keempat
sememangnya memberi kesan yang besar kepada Negara A ini.
Kita
sedia maklum bahawa pendapatan Negara terdiri daripada komponen perbelanjaan
(consumption), pelaburan (investment), perbelanjaan kerajaan (government
expenditure) dan juga net eksport (Export minus Import). Oleh itu, dengan
adanya polisi bahawa Negara A hanya mengimport komoditi sawit dari Negara yang
mempunyai pensijilan yang mampan, ia akan meningkatkan kos import bagi Negara
A. Oleh yang demikian, ia memberi kesan kepada pendapatan Negara di mana
pendapatan Negara A akan berkurang oleh kerana kos import yang meningkat.
Hal
ini kerana pensijilan yang mampan bermaksud Negara tersebut akan memastikan
bahawa teknik penanaman yang dilakukan akan menjaga alam sekitar daripada
tercemar dan juga hasil pertanian yang berterusan. Sememangnya tidak dinafikan
bahawa tindakan ini akan meningkatkan kos. Maka Negara A akan membayar kos
import yang lebih tinggi dan kemudiannya
akan menjejaskan pendapatan Negara.
Sebagai
seorang Perdana Menteri, terdapat bebrapa perkara yang boleh dilaksanakan bagi
memastikan pendapatan Negara distabilkan semula. Perkara ini dapat dilaksanakan
melalui pengembangan dasar fiskal. Seperti yang kita maklum, dasar fiscal
adalah sebuah dasar yang melibatkan kerajaan di mana ia dilaksanakan melalui
percukaian dan juga perbelanjaan kerajaan. Bagi memastikan pendapatan Negara
dipulihkan semula, kerajaan melalui dasar fiscal boleh mengurangkan cukai dan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Hasilnya, apabila kadar cukai dikurangkan,
perbelanjaan isi rumah akan meningkat disebabkan pendapatan bersih mereka
meningkat. Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan, apabila kerajaan
berbelanja lebih ia akan meingkatkan pendapatan Negara. Hasilnya, pendapatan
Negara dapat diseimbangkan semula walaupun kos import meningkat.
Kejutan
yang seterusnya pula adalah mengenai ledakan penggunaan Artificial Intelligence di peringkat global berikutan revolusi
perindustrian keempat. Sebagai sebuah Negara perindustrian, hal ini sememangnya
memberi kesan yang mendalam kepada Negara A. Ledakan penggunaan Artificial
Intelligence ini mempunyai kesan yang baik dan juga kesan yang buruk.
Kesan
yang baik ialah dengan adanya Artificial Intelligence, firma-firma di Negara A
dapat meningkatkan produktiviti mereka. Oleh yang demikan, bagi menggalakkan
firma-firma ini melabur untuk menerapkan Artificial
Intelligence dalam operasi syarikat mereka, bank pusat melalui dasar
pengembangan monetary akan mengurankan kadar faedah bagi memberi insentif
kepada firma-firma ini membuat pinjaman daripada bank dan membuat pelaburan.
Hal ini juga akan meningkatkan pendapatan Negara disebabkan peningkatan dalam pelaburan.
Kesan
yang buruk pula ialah Negara akan berhadapan dengan kadar pengangguran yang
akan meningkat disebabkan ledakan artificial intelligence. Hal ini kerana
firma-firma di Negara A akan menjadi kurang bergantung kepada tenaga buruh.
Apabila perkara ini berlaku, pebelanjaan dari isi rumah akan berkurang
disebabkan pengangguran meningkat. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian
sumber akan membuat program yang akan menjadikan tenaga buruh yang ada di
Negara ini bersedia untuk berhadapan dengan Revolusi Industri yang keempat ini.
Latihan dan seminar akan diberikan buat tenaga buruh yang kehilangan pekerjaan
bagi memastikan meraka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kerajaan juga akan
meningkatkan perbelanjaan dengan membuat bayaran pindahan bagi mereka yang
kehilangan pekerjaan disebabkan ledakan ini.
Saturday, 19 May 2018
Battle of OBS
Khamis (17.05.2018) - Ini adalah hari pertama dalam bulan Ramadhan. Kumpulan saya telah dapat mewakili Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM untuk menyertai pertandingan 'Battle of OBS'.
OBS atau nama penuhnya Online Business Simulation ada;ah sejenis simulasi bisnes. Dengan menggunakan simulasi ini, kita dapat membuat keputusan untuk bisnes seperti menentukan jumlah pengeluaran, tahap kualiti produk, harga produk, pemasaran dan sebagainya.
Kumpulan saya yang diketuai oleh Muhamad Izwan bin Muhamad Rawan telah berjaya memenangi tempat ke-2 bagi pertandingan ini.

Monday, 14 May 2018
Kemalangan Jalan Raya
Pada 11 Mei 2018 yang lepas (hari jumaat), saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ianya tidaklah kritikal namun jika saya tidak mempunyai tindakan refleks yang baik kemungkinan besar saya terlibat dalam kemalangan yang kritikal.
Ceritanya begini:
Pada jam 2.30 petang, ibu saya telah menyuruh saya untuk mengisi minyak keretanya (Toyota Innova) bagi memenuhkan tangki minyak keretanya. Saya pun memandu kereta Ibu saya dengan mengikut jalan yang biasa saya guna untuk sampai ke sebuah stesyen pam minyak Petronas.
Dalam perjalanan tersebut, sebuah kereta secara tiba-tiba telah membuat pusingan-U yang mana tempat tersebut adalah dilarang untuk membuat pusingan-U. Tambahan pula, pemandu kereta tersebut tidak langsung melihat keadaan sekelilingnya sehingga tidak perasan bahawa kereta saya berada berdekatan dengan spot tersebut.
Gambar menunjukkan sudut pandang saya semasa kejadian. Ini adalah lokasi sebenar kejadian. Ini adalah salah satu laluan jalan raya yang ada di Bandar Penawar. Seringkali kereta akan membuat pusingan-U di spot tersebut walaupun ia adalah perbuatan yang salah dan melanggar peraturan di jalan raya. (Gambar diambil menggunakan Google Maps)
Jika dilihat pada gambar tersebut, jelas sekali bahawa laluan keluar yang ada di sebelah kiri itu hanya memperuntukkan kereta untuk menyusur keluar dan tidak boleh membuat pusingan-U.
Situasi saya adalah sebuah kereta Proton Saga telah pun membuat pusingan-U secara tiba-tiba dan saya hampir melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut. Namun, tindakan refleks saya telah menyelamatkan keadaan cemas tersebut. Apabila saya melihat kereta tersebut membuat pusingan-U saya pun mengelak kereta tersebut dengan membawa kereta yang saya pandu ke sebelah kiri jalan. Namun, terdapat sebuah tiang elektrik di bahu jalan tersebut dan memnyebabkan bahagian sisi hujung kiri kereta saya telah terlanggar tiang tersebut sehingga menyebabkan lampu kereta saya pecah.
Gambar kerosakan yang saya alami selepas kejadian.
Nasib baik menyebelahi kereta yang keluar membuat pusinga-U secara tiba-tiba itu. Di dalam kereta itu terdapat seorang pemandu dan 2 penumpang. Seorang penumpang duduk di bahagian sebelah pemandu. Jika saya tidak mengelak kereta tersebut berkemungkinan besar penumpang yang duduk di sebelah pemandu itu akan mati kerana rempuhan dari kereta saya yang laju. Kereta tersebut juga tidak langsung mengalami kerosakan.
Nasihat saya kepada seluruh pemandu kenderaan, tolonglah berhati-hati semasa memandu dan patuhi segala peraturan di jalan raya. Hal ini kerana jalan raya bukan tempat untuk main-main. Silap sedikit nyawa akan melayang.

Sunday, 13 May 2018
MENTOR, SIFU, MASTER
Untuk menjadi seorang yang hebat, kita memerlukan seseorang untuk dicontoh. Jika kita tidak mempunyai idola, agak sukar untuk kita menjadi orang yang hebat kerana kita tiada seseorang yang kita boleh bandingkan.
Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang berjaya tanpa mempunyai guru. Jika kita hidup tanpa berguru, kita akan cenderung untuk menjadi orang yang lemah dan tiada hala tuju. Ibaratnya seperti masuk ke dalam hutan tanpa membawa peta, kompas mahupun telefon bimbit.
Untuk menjadi orang yang hebat, kita perlukan bimbingan. Kita mestilah mempunyai orang yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar. Hidup berseorangan tidak akan membuahkan hasil dan akhirnya potensi yang kita ada terbantut.
Berbicara tentang potensi, semua orang mempunyai potensi. Selain itu, semua orang mempunyai kebolehan dalam bidang masing-masing. Namun, untuk menjadi hebat dalam bidang atau kebolehan tersebut, kita perlu ada orang yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar. Itulah mentor atau sifu.
Akhir kata, saya sarankan kepada sesiapa yang membaca entri ini untuk cari guru atau sifu yang baik. Kemudian, jadilah anak murid yang berdisiplin.

Saturday, 12 May 2018
PRU 14: Kerajaan Baharu!
Pada tahun ini(2018), saya berumur 22 tahun. Oleh itu, saya layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Ini adalah pengalaman pertama mengundi buat saya bagi menentukan siapa yang akan menjadi wakil rakyat bagi kawasan saya dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.
Pada pendapat saya, kehangatan Pilihan Raya Umum pada kali ini tidak sehangat seperti PRU13 di mana pada ketika itu Pakatan Rakyat diketuai oleh Saudara Anwar Ibrahim yang mana beliau adalah seorang yang mempunyai kelebihan dalam memberi pidato yang mampu menaikkan semangat pendengarnya. Berbeza pula pada kali ini dimana Pakatan Harapan diketuai oleh Tun Dr. Mahathir. Cara penyampaian pidato Tun tidak bertujuan untuk menimbulkan kemarahan kepada lawan namun lebih kepada menyedarkan pendengar tentang isu nasional.
Pada awalnya, ramai rakyat Malaysia yakin bahawa Parti Barisan Nasional akan memenangi PRU14 dengan kemenangan yang besar kerana pada kali ini hampir kesemua tempat akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang mana mengikut keputusan Pilihan Raya Kecil yang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar menyaksikan kemenangan berpihak kepada Parti BN. Namun hakikatnya, ramalan bagi PRU14 ini salah.
Keputusan PRU14 menunjukkan bahawa 6 buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Harapan iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah di samping mengekalkan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Manakala Parti PAS pula dapat menawan Negeri Terengganu dan pada masa yang sama mengekalkan Negeri Kelantan. Parti Barisan Nasional pula mengalami kekalahan teruk di mana mereka hanya dapat mengekalkan 2 negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis (Sarawak tidak termasuk kerana mereka telah mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal).
Di peringkat persekutuan, Barisan Nasional hanya memperoleh 79 kerusi Parlimen, PAS mendapat 18 kerusi dan Pakatan Harapan memperoleh 122 kerusi(Selebihnya bebas). Ini adalah kekalahan buat kali pertama bagi Parti BN dan ianya adalah kekalahan yang teruk.
Apa yang saya boleh katakan ialah kemenangan Pakatan Harapan adalah kerana faktor-faktor berikut:
1. Sokongan padu daripada masyarakat Cina sejak PRU13 lagi kepada Pakatan Harapan.
2. Berlakunya Tsunami Melayu di mana sebelum ini Parti BN dapat memenangi PRU kerana mereka mendapat sokongan majoriti masyarakat Melayu. Namun pada kali ini, masyarakat Melayu telah mengubah sokongan mereka kepada Parti Pakatan Harapan.
3. Peningkatan pengundi Golongan Muda (40 tahun ke bawah) di mana golongan ini mewakili hampir 50% daripada keseluruhan pengundi bagi PRU14. Majoriti golongan ini menyokong Parti Pakatan Harapan.
Seterusnya, Parti BN kalah kerana faktor-faktor berikut:
1. Gagal mengesan peralihan sokongan pengundi kepada Parti Pakatan Harapan pada saat-saat akhir sebelum hari mengundi (9 Mei 2018).
2. Memperkenalkan cukai GST yang merupakan langkah bukan populis.
3. Kos sara hidup yang meningkat.
4. Skandal-skandal politik yang melibatkan pemimpin Parti BN.
5. Dan yang paling utama sekali adalah kerana Najib dan Rosmah yang mana dua insan ini sangat tidak digemari oleh majoriti pengundi PRU14.
Kesimpulannya, Pilihan Raya adalah ujian sokongan. Jika kita mahu menang pilihan raya, kita perlu mendapat sokongan yang paling ramai. Gagal mengesan peralihan sokongan kepada parti lawan adalah seperti menempah kekalahan. Kini, kita telah mempunyai sebuah Kerajaan Baharu iaitu Kerajaan Pakatan Harapan. Harapan saya adalah untuk melihat Reformasi dalam pentadbiran Negara supaya ianya menjadi telus, amanah, bebas rasuah, berintegriti, ikhlas, jujur, cekap dan pantas.
Hidup Malaysia!

Tuesday, 1 May 2018
3rd world mentality
Saya pernah tinggal di negara yang mempunyai pelbagai ideologi dan tiada sekatan untuk mempercayai kepada apa jua ideologi. Jika terdapat perbezaan pendapat, maka budaya untuk berbahas akan diamalkan demi mencari hujah yang bernas dan bijak.
Namun, kematangan pemikiran ini akan tercapai hanya apabila kita menjadi liberal. Liberal disini bermaksud longgar, tidak ketat dan tidak jumud. Apabila kita menjadi orang yang liberal, kita akan memandang sesuatu perkara itu secara menyeluruh dan tidak hanya berfokus pada satu sudut pandang sahaja.
Malaysia merupakan negara yang bermentaliti kelas ketiga dan saya lihat ianya sukar untuk mengubahnya lebih-lebih lagi masyarakat melayu yang sangat kuat berpegang kepada adat dan agamanya tanpa berfikir. Dalam kajian 'world religion', terdapat 3 jenis tahap kekuatan pegangan agama: 1. Orthodox(extreme), 2. Conservative(berhati-hati/melindungi) 3. Liberal(longgar)
Saya adalah golongan yang berada di antara liberal dan conservative. Saya tidak suka mengikut secara membabi buta sahaja dalam agama. Sebaliknya saya perlu tahu dari mana datang sesuatu hukum itu, apa yang menjadikan sesuatu hukum itu sedemikian rupanya dan meninggalkan perkara-perkara yang mengarut dan tak dapat diterima logik akal melainkan terdapat ayat Al-Quran dan hadith yang sahih.
Masyarakat melayu sangatlah membabi buta dalam beragama. Mereka hanya mengikut apa yang diamalkan oleh nenek moyang mereka tanpa berfikir. Apabila kita mempercayai sesuatu tanpa berfikir, ianya menjadikan kita lembab dan menumpulkan pemikiran kritis. Sebab itulah eujudnywkepercayaan kepada hantu yang begitu mengarut, perkara yang tak boleh masuk akal seperti apabila hendak menanam uri (seketul daging yang menghubungkan bayi dan ibunya semasa dalam kandungan) hendaklah ditanam dengan pensil atas alasan budak itu akan jadi pandai. Jikalau betullah dengan menanam uri dengan pensil boleh menjadikan budak itu pandai maka saya rasa lebih elok sekiranya pensil itu digantikan dengan komputer, buku dan sebagainya kerana bagi saya setakat pensil sahaja tak cukup. Sungguh bodoh kepercayaan mengarut ini.
Apa yang saya lihat, masyarakat ini akan mengalami tempoh masa yang sangat lama untuk berubah kepada pemikiran kelas pertama kerana masyarakat melayu khususnya sangat susah untuk berubah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Rant on Agamawan dan Umat Islam di Malaysia
Aku berbangga dengan agama aku (Islam) sebab inilah satu-satunya agama yang mempunyai sumber autentik yang sangat tinggi martabatnya kalau ...
-
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, saya telah membuat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih ti...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan satu kerjaya yang menjadi idaman ramai rakyat M...
-
Saya merupakan bekas pelajar MRSM Pontian (kini dikenali sebagai MRSM Tun Dr Ismail). Saya mula berdaftar di MRSM Pontian pada Februari 2012...